Saturday, October 16, 2010

Cara mohon saham IPO - ATM






BAGAIMANAKAH CARANYA SAYA INGIN MEMBELI SAHAM ATAU MENJUALNYA?

Cara-cara transaksi jual dan beli saham............ CLICK HERE

BAGAIAMANA SAYA INGIN MEMOHON SAHAM TERBITAN BARU?


Sekiranya anda ingin memohonnya, tidak perlu lagi menggunakan kaedah lama iaitu secara pos. Ia mengambil masa yang lama dan memenatkan. Cara yang mudah adalah dengan menggunakan ESA ( electronic share application ). Ia terdapat di ATM kad maybank/cimb/ambank. Selalunya cas perkhidmatan ESA adalah RM2.50
langkah 1 : bagi kad atm maybank, tekan menu 'lain-lain urusniaga'



langkah 2 : tekan 'bayaran'



langkah 3 : tekan 'permohonan saham' 




langkah 4 : tekan 'saham elektronik' - ESA( sebelah kanan)


langkah 5 : ikut arahan selanjutnya... (bawa sekali no CDS anda)














Selain itu anda boleh memohon melalui perbankan internet seperti maybank2u ,cimb atau rhbbank. pastikan anda membuat cds akaun maintenance dan sediakan tag sebelum sesuatu transaksi ingin dibuat. Anda boleh mendaftarkan no telefon anda di mesin ATM terbabit agar memudahkan anda untuk mendapatkan tag.



* * PASTIKAN ANDA SUDAH MEMBUKA AKAUN CDS
* *

BAGAIMANA SAYA INGIN MENGETAHUI DENGAN JELAS SAHAM IPO BARU?

Untuk mengetahui senarai saham terbitan baru sila CLICK  HERE
KALAU BELI SAHAM TERBITAN BARU NI BOLEH RUGI KE?
Sebagai pelabur, terpulang kepada anda untuk memilih saham mana (harga tawaran /jenis perniagaan /masa yang sesuai) yang ingin dimohon. Terdapat juga syarikat yang jatuh harga pasarannya pada hari pertama ia memasuki pasaran. Sebaliknya ada juga syarikat yang naik pula harga pasarannya pada hari pertama. Selalunya yang naik mengatasi yang turun. Bayangkan anda berjaya memperolehi 1000 unit dalam setiap permohonan anda itu dan anda menjualnya pada hari pertama ia memasuki pasaran. Itu adalah satu pelaburan yang singkat dalam meraih keuntungan. Bagi pelabur yang memikirkan pelaburan jangka panjang, mungkin keuntungan yang bakal diperoleh adalah lebih lagi. Contohnya SCAN, WELCALL,GPACKET, KNM dan TENAGA.

BAGAIMANA PULA DENGAN PRESTASI SAHAM IPO YANG BARU MEMASUKI PASARAN PADA HARI PERTAMA ?

Untuk membuat kajian tentang senarai syarikat yang baru memasuki pasaran sila CLICK  HERE

DARI MANA SAYA INGIN MENGETAHUI KEPUTUSAN PERMOHONAN IPO?

Surat akan di pos ke rumah sekiranya berjaya / Sila semak di :
MIH CLICK  HERE MIDF CLICK  HERE

video cara mohon ipo





Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.