Tuesday, June 23, 2009

Saham amanah (melabur guna KWSP

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti. Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

2005 - 5.0%
2006 - 5.15%
2007 - 5.8%
2008 - 4.5%

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp: Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

Akaun 1 tidak boleh diusik langsung sehinggalah anda bersara. Tetapi, anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah). Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.




Sekiranya anda berumur 26 tahun, dan simpanan KWSP akaun 1 berjumlah 22ribu,
jumlah yang tak boleh sentuh adalah rm11,000.00 .
maka, 22,000 - 11,000 = 11,000
11,000 X 20% = 2,200
anda cuma boleh melabur sebanyak rm2200 sahaja.

pengeluaran yang berikutnya adalah selepas 3 bulan.

...............................................................................................................
strategi.

sekiranya anda berumur 30 tahun, anda punya 25 tahun lagi untuk bersara.
katakanlah, pasaran adalah setiap sepuluh tahun akan 'bullish' seperti tahun 97 dan 07
anda berpeluang memaksimumkan wang simpanan KWSP anda.

Bagaimana menjadi pelabur bijak?

Pelaburan di Bursa Malaysia?

Anda tahu apa itu saham? klik sini ..Here

Sekiranya anda melibatkan diri dalam pelaburan ekuiti, anda mesti peka terhadap berita ekonomi atau tentang sesuatu syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Bukan sukar untuk mendapatkan info, cuma baca surat khabar, tonton berita(bahagian bisnes) atau layari internet. contohnya Btimes , TheStar ... Theedge .. Bernama ..

Anda boleh perhatikan pasaran dunia seperti Amerika ( Dow Jones - Market buka 9.30 mlm waktu Malaysia) klik sini YahooFinance .. Pasaran hadapan Dow Jones boleh dilihat pada web bloomberg klik sini (futures-predict untuk market Amerika yang 9.30 mlm tuu.. )

Ada juga yang sukakan rumours dalam membuat belian atau jualan , contohnya web ni Investlah..

Ada pelabur yang pernah melabur dalam forex, mengaplikasi pengetahuan mereka dalam technical analysis (graf) untuk predict pergerakan saham kegemaran mereka. Moving avarage , MACD, Trend line, contohnya klik disini..

Ada pelabur yang mahir dalam accounting, melihat sesuatu syarikat berdasarkan Balance sheet dan P&L.. Ratio seperti ROE, Div Yield, Debt mempengaruhi keputusan yang dibuat mereka , contohnya klik sini..

Anda boleh mendapatkan khidmat analisis dari para penganalisa dari syarikat broker di malaysia dan luar negara melalui CBRS research scheme Bursa Malaysia. Bagaimana nak dapatkan company analisis tu? anda kena register, free, Klik di sini..

Tahhukah anda setiap belian dan jualan saham akan dikenakan brokerage? sekarang Rm40 .. Jika anda mahu jimat 30% , Buka online trading, beli jual melalui internet cuma Rm28 sahaja( jimat RM12) .. Ingin belajar bagaimana sign up online trading klik sini (osk sahaja) , jika belum ada akaun saham (CDS) sila buka. Hubungi saya untuk maklumlat lanjut ZAM 013 - 613 316 8