Tuesday, June 23, 2009

Saham amanah (melabur guna KWSP

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti. Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

2005 - 5.0%
2006 - 5.15%
2007 - 5.8%
2008 - 4.5%

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp: Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

Akaun 1 tidak boleh diusik langsung sehinggalah anda bersara. Tetapi, anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah). Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.




Sekiranya anda berumur 26 tahun, dan simpanan KWSP akaun 1 berjumlah 22ribu,
jumlah yang tak boleh sentuh adalah rm11,000.00 .
maka, 22,000 - 11,000 = 11,000
11,000 X 20% = 2,200
anda cuma boleh melabur sebanyak rm2200 sahaja.

pengeluaran yang berikutnya adalah selepas 3 bulan.

...............................................................................................................
strategi.

sekiranya anda berumur 30 tahun, anda punya 25 tahun lagi untuk bersara.
katakanlah, pasaran adalah setiap sepuluh tahun akan 'bullish' seperti tahun 97 dan 07
anda berpeluang memaksimumkan wang simpanan KWSP anda.

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.